Thursday, June 18, 2009

~we r in paper again...~

Ekspedisi ke Jogja beri manfaat kepada pelajar MSU

Oleh Rosniza Mohd Taha,Bharian,Khamis,


ROMBONGAN MSU bergambar kenangan di Candi Borobudur sempena Ekspedisi Kesihatan di Yogyakarta, Indonesia, baru-baru ini.

DESTINASI pelancongan sekitar Kota Yogyakarta atau Jogja dimanfaatkan rombongan BioPerubatan Management & Science University (MSU) bagi menjalankan tugasan sempena program Ekspedisi Kesihatan di kota yang kaya dengan warisan sejarah dan kebudayaan itu baru-baru ini.

Ketua program berkenaan, Muhammad Fakhruddin Razi Mohd Asri, berkata ekspedisi empat hari di Jogja bermula dengan lawatan ke Depot Jamu Sido Muncul bagi mendedahkan pelajar penggunaan jamu sebagai sumber perubatan alternatif sementara kunjungan ke Universiti Gadjah Mada membolehkan mereka meneroka peluang pengajian berkualiti ditawarkan.

Program hari kedua katanya, diteruskan dengan lawatan ke Candi Borobudur bagi mengkaji faedah meditasi sebagai kaedah rawatan, Gunung Merapi untuk tugasan kesan bencana alam terhadap psikologi penduduk serta Pusat Spa dan Aromaterapi Enggal Waras Klaten sebagai kaedah rawatan alternatif.


Hari ketiga dan keempat, katanya membabitkan program khidmat masyarakat di tiga rumah kebajikan kelolaan pergerakan Muhammadiah iaitu Panti Santunan Fakir Miskin Lanjut Usia, Panti Asuhan Yatim Putri Aisyihah dan Panti Asuhan Yatim Putra selain lebih 200 kanak-kanak Tadika Pertiwi dan Sekolah Dasar Rejoso serta warga emas.

Beliau berkata selain beramah mesra dan menceriakan penghuni rumah kebajikan dengan permainan serta persembahan kebudayaan, peserta rombongan sempat mengadakan kempen penjagaan kebersihan diri serta pemeriksaan kesihatan terhadap masyarakat setempat.

“Kami menghadapi pelbagai cabaran merealisasikan ekspedisi ini termasuk membuat persediaan pengurusan program ketika menghadapi peperiksaan akhir semester serta kesukaran mengumpul tajaan.

“Kunjungan kami ke kota pelancongan kedua selepas Bali ini bukan sekadar berlibur tetapi fokus utama adalah menjalankan Ekspedisi Kesihatan bagi mengembangkan penjanaan ilmu di luar negara serta berbakti kepada masyarakat setempat,” katanya.

Dekan Fakulti Sains Hayat dan Kesihatan MSU, Prof Dr Asbi Ali, berkata Ekspedisi Kesihatan pelajar semester dua Bio Perubatan itu adalah siri keempat selepas program sama diadakan di Surabaya, Indonesia dan Bangalore, India sebelum ini.

Beliau berkata, program itu akan terus dikembangkan ke negara lain kerana ia terbukti berjaya membina kemahiran insaniah pelajar terutama aspek berdikari dan menyesuaikan diri dengan masyarakat.

“Antara ciri penting penganjuran program ini adalah ia diuruskan sepenuhnya oleh pelajar bermula dengan mencari tajaan, perancangan serta pelaksanaan aktiviti di bawah bimbingan dan pemantauan pensyarah.

“Pendedahan di peringkat global juga membolehkan mereka belajar menyesuaikan diri dengan masyarakat supaya tidak kekok berkhidmat apabila tamat pengajian kelak,” katanya.

Pengarah Ekspedisi, Halijah Hassan pula berkata khidmat masyarakat diwajibkan dalam program itu bagi memupuk kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat sejajar penekanan dalam subjek perubatan komuniti diikuti pelajar.

“Program seumpama ini diharap dapat memupuk sifat mesra masyarakat seperti belas kasihan, tabah dan sabar kerana kemahiran komunikasi seumpama itulah yang diharapkan orang ramai terhadap pegawai bidang perubatan, selain kepakaran teknikal mereka.

“Saya berpuas hati dan berbangga dengan ekspedisi ini kerana segala perancangan dilakukan mereka sendiri dan dilaksanakan dengan penuh semangat,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta, Radhiah Radzman,19, berkata program berkenaan berjaya meluaskan perspektifnya mengenai pelbagai perkara serta mengubah persepsinya mengenai negara jiran itu.

Antara lain, katanya, setelah melihat sendiri suasana pembelajaran di Universiti Gadjah Mada termasuk kecanggihan makmalnya yang lengkap dengan sampel perubatan, beliau kini bersedia memperluas pilihan tempat melanjutkan pengajian ke Indonesia.

“Kunjungan ke Depot Jamu Sido Muncul pula memberi saya inspirasi untuk menjalankan kajian mengenai penggabungan sumber perubatan alternatif iaitu jamu dalam perubatan moden kerana ada ahli farmasi di negara ini yang sudah berjaya melakukannya,” katanya.

Peserta program, Nurul Izzah Ibrahim, berkata selain dapat berbakti kepada masyarakat, kunjungan ke rumah kebajikan mengukuhkan lagi kesedarannya mengenai kepentingan menghargai jasa ibu bapa.

“Saya berasa amat tersentuh apabila salah seorang penghuni rumah orang tua berpesan supaya tidak lupa menjaga ibu bapa walaupun sudah berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya selain menyedari kepentingan bersikap sabar apabila mengendalikan pesakit tua yang kebanyakan sudah kurang jelas pendengaran dan percakapannya ,” katanya.

Mohd Faiz Ayub pula berkata kunjungan ke rumah kanak-kanak menyedarkan beliau betapa beruntungnya dirinya selama ini mendapat penjagaan sempurna berbanding kanak-kanak berkenaan yang menetap di rumah kebajikan tanpa kasih sayang ibu bapa.

spot me..hahaha..;)


~hApPY 1st biRtHdAy Si CuN~

harinie genaplar umur setahun anak buahku yang ke-2,muhammad hariz...atau nama gelarannya si cun...dia diberi gelaran mcmtu sbb dia mempunyai bulu mata yang lentik n rmbut yang kerinting..chomel sgt..hariz nie mmg agak susah kalau nak senyum..tapi skali senyum mmg terserlah lah kechomelan dier..hehehe..


sblm dier berumur sethn nie,dier dah mula pandai berjalan and dah tumbuh enam gigi..n semestinya ader dua gigi bunny..:))...hariz nie xderla debab mcm abg dier,hazim dlu tapi dier mempunyai pipi yang sangat bulat mcm epal..mmg rasa geram jer nak cubit n gigit...hehehe...selama setahun mcm2 perangai dier ada..antaranya:
i)memang tido sangat sekejap n nk tido sgtlar ssh..kalau tido pun mata xrapat..

ii)cepat cemburu kalau mama n papa dier pegang baby laen..
iii)pantang ditinggalkan oleh mama n papa dier..nnt cepatlar dier merengek..
iv)suka menghisap aper2 jer barang yang ader..tp lately dah kurang sjak tumbuh gigi..

v)suka berebut aper jer barang dgn abg dier..aper abg dier pegang itu jugaklar dier nak..

vi)suka sebut perkataan 'dah'..xtaular aper yang dah nya...
vii)x suke tgk wayang berbanding dgn abg dier...takut gelap kot..cian mama dier cz xdpt sgt nk enjoy movie..

viii)budak yang fanatik bola..suke kalau kiter wat bunyi gendang penyokong selangor....


ix)suke memanjat aper jer yang ader..xkisahlar tangga ker..kerusi urut tok'ki ker..sumer dier panjat..


x)suke mengeledah aper jer barang2 yang ader dpn mata dier..xkshlar handbag ker..n dier akan buat muka xbersalah..

xi)kalau dulu masa naik walker,mesti drift jer keje..langgar aper jer..smpai penah accident terbabas..


itular antara sifat n perangai yang dimiliki muhammad hariz nie...


happy birthday to u..
happy birthday to u..

happy birthday to hariz..

happy birthday to u..

muuuwwwaaahhh...xoxo..



hariz with his ateh...luv u...:))


 
Designed by Lena Graphics by Elie Lash